28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja hilang selepas keluar rumah di Petaling Jaya

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, semalam. 

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu, G Narashinmasegaran pada dua petang semalam. 

    “Dia dilihat kali terakhir di rumahnya kira-kira 11.30 pagi dan berpakaian baju berwarna putih dengan corak belang di bahagian belakang, berseluar jean biru dan berkemungkinan membawa beg galas berwarna merah. 

    “Remaja berketinggian 160 sentimeter dengan berat 65 kilogram, berbadan kurus dan berambut hitam itu turut memakai jam tangan berwarna merah," katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. 

    MENARIK:  'Kopi Penumbuk' dikesan mengandungi Tadalafil

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah