33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja hilang ditemukan selamat di Teluk Kumbar

    Shopee Sale

    Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sebuah asrama institusi pendidikan swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang, Ahad lepas, ditemukan selamat di pekarangan sebuah masjid di Teluk Kumbar semalam.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata sebelum itu, polis menerima laporan daripada bapa remaja berusia 17 tahun itu berhubung kehilangan anaknya.

    "Keluarga remaja berkenaan hanya mengetahui kehilangannya semalam selepas menghubungi asrama terbabit bagi bertanya khabar tentang anak mereka sebelum dimaklumkan dia tiada di asrama dan tidak menghadiri kelas pembelajaran sejak Ahad.

    "Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan beberapa jam kemudian remaja itu ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam di Teluk Kumbar sebelum keluarganya memaklumkan kepada polis," katanya ketika dihubungi,hari ini.

    MENARIK:  Amanah Perak beri laluan, sokong calon BN di PRK Ayer Kuning

    Beliau berkata remaja itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Semalam, tular hantaran daripada seorang lelaki menerusi Facebook yang merayu orang ramai membantu mengesan anak saudaranya selepas dilaporkan hilang sejak 21 Julai lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah