26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rebut jawatan PM bukti kepentingan rakyat bukan keutamaan PN – Mahfuz

    Shopee Sale

    Naib presiden Amanah, Mahfuz Omar meminta rakyat Malaysia supaya menilai tentang polemik perebutan jawatan perdana menteri dalam PN.

    Katanya, pertikaian mengenai siapa calon perdana menteri hanya mengesahkan bahawa kepentingan rakyat bukanlah keutamaan utama gabungan berkenaan.

    "Saya ingin menegaskan bahawa rakyat kini memerlukan pemimpin yang fokus kepada isu-isu mendesak: kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, serta pembinaan masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.

    "Politik yang berasaskan perebutan jawatan tidak akan membawa Malaysia ke hadapan.

    "Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menilai dengan bijaksana tentang kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri dalam parti parti Perikatan Nasionsl (PN).

    "Yang penting untuk rakyat ialah terus bersama dengan kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuktikan kesungguhan membela rakyat dan membangunkan negara," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

    Mahfuz berkata demikian bagi mengulas tindakan Bersatu baru-baru ini mencalonkan presidennya, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-11.

    Manakala Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam muktamar parti itu Jumaat lalu mencadangkan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon perdana menteri PN, selain menteri besar Kedah, Sanusi Md Noor.

    Menurut Mahfuz, walaupun Tuan Ibrahim menolak cadangan tersebut, tetapi situasi di muktamar dan respons pimpinan PAS jelas menolak pencalonan Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-11.

    "Ini jelas memperlihatkan PN sedang bergelumang dengan perebutan kuasa dan kedudukan, bukannya menyusun agenda penyelesaian masalah rakyat.

    "Pertikaian mengenai siapa calon Perdana Menteri hanya mengesahkan bahawa kepentingan rakyat bukanlah keutamaan utama mereka.

    "Respons PAS jelas memperlihatkan PAS mahu jawatan PM diberikan kepada PAS. Jika dalam soal kepimpinan tertinggi pun PN gagal mencapai persefahaman, bagaimana mereka mahu diyakini mampu menawarkan kestabilan politik dan ekonomi kepada rakyat?

    "Perpecahan dalaman seperti ini hanya menambahkan kegelisahan dan menjejaskan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap masa depan negara," katanya.

    Naib presiden Amanah, Mahfuz Omar meminta rakyat Malaysia supaya menilai tentang polemik perebutan jawatan perdana menteri dalam PN.

    MENARIK:  Pengurus didenda kerana benarkan al-Quran dijilidkan di kilang bukan Islam

    Katanya, pertikaian mengenai siapa calon Perdana Menteri hanya mengesahkan bahawa kepentingan rakyat bukanlah keutamaan utama gabungan berkenaan.

    "Saya ingin menegaskan bahawa rakyat kini memerlukan pemimpin yang fokus kepada isu-isu mendesak: kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, serta pembinaan masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang.

    "Politik yang berasaskan perebutan jawatan tidak akan membawa Malaysia ke hadapan.

    "Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menilai dengan bijaksana tentang kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri dalam parti parti Perikatan Nasionsl (PN).

    "Yang penting untuk rakyat ialah terus bersama dengan kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuktikan kesungguhan membela rakyat dan membangunkan negara," kata Mahfuz dalam kenyataan.

    Mahfuz berkata demikian bagi mengulas tindakan Bersatu baru-baru ini mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-11. Manakala Muktamar Pemuda PAS melalui kenyataan Ketua Pemudanya pula mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menduduki jawatan nombor satu negara itu.

    Malah kata Mahfuz, nama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut disebut-sebut sebagai calon PM.

    Menurutnya, walaupun Tuan Ibrahim menolak cadangan tersebut, tetapi situasi di muktamar dan respons pimpinan PAS jelas menolak pencalonan Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-11.

    "Ini jelas memperlihatkan PN sedang bergelumang dengan perebutan kuasa dan kedudukan, bukannya menyusun agenda penyelesaian masalah rakyat.

    "Pertikaian mengenai siapa calon Perdana Menteri hanya mengesahkan bahawa kepentingan rakyat bukanlah keutamaan utama mereka.

    "Respons PAS jelas memperlihatkan PAS mahu jawatan PM diberikan kepada PAS. Jika dalam soal kepimpinan tertinggi pun PN gagal mencapai persefahaman, bagaimana mereka mahu diyakini mampu menawarkan kestabilan politik dan ekonomi kepada rakyat?

    "Perpecahan dalaman seperti ini hanya menambahkan kegelisahan dan menjejaskan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap masa depan negara," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah