25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM

    Shopee Sale

    Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

    Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu didakwa meminta dan menerima sebanyak RM50,000 daripada pelanggan bank dengan alasan membiayai program melibatkan bank.

    “Lelaki itu dikatakan aktif melakukan perbuatan itu sejak tahun 2022,” kata sumber itu.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu pada jam 3 petang semalam selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri.

    Beliau berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

    MENARIK:  Tak pernah goda atau ada hubungan dengan Ebit Lew - pengadu

    “SPRM bakal memohon perintah reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu (hari ini),” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah