28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasuah: Bekas pengurus bank di Kelantan direman lima hari

    Shopee Sale

    Seorang bekas pengurus bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM50,000 bagi tujuan menyertai program dianjurkan bank.

    Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di Kota Bharu.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan reman berkenaan.

    Beliau berkata lelaki itu ditahan petang semalam di pejabat SPRM Kelantan selepas memberi keterangan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

    Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi tadi dengan menaiki van SPRM.

    MENARIK:  Hak Melayu, Islam mesti dipertahankan, namun jangan nafi hak kaum lain - PM

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah