Foto: Detik News
Tular di media sosial, sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki diikat di sebatang tiang elektrik.
Artikel Berkaitan: Suami ‘Gamer’ Didakwa Curang Dengan Wanita Berstatus Isteri Orang Di Aplikasi Discord
Artikel Berkaitan: Suami Tergamam Keputusan DNA Dedah 2 Anak Bukan Darah Daging, Isteri Mengaku ‘Tak Sengaja’ Jalin Hubungan Badan Dengan 2 Lelaki
Bawa isteri orang

Memetik laporan Detik News, difahamkan lelaki itu didakwa melarikan seorang wanita berusia 33 tahun yang merupakan isteri orang dalam sebuah kejadian yang berlaku di Indonesia.
Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam (Humas) Polresta Samarinda, Ipda Arie Soeharyadi berkata, kejadian bermula apabila lelaki tersebut berkenalan dengan wanita berkenaan menerusi seorang rakan.
Ketika itu, lelaki berkenaan mendakwa menyangka wanita tersebut belum lagi berumah tangga.
Pada Selasa lalu, lelaki itu mengajak perempuan tersebut keluar dan mereka sempat makan bakso di kawasan Folder Samarinda.
Pada sebelah malamnya, mereka keluar semula untuk makan nasi goreng berhampiran jejambat Air Hitam.
Selepas makan, lelaki berkenaan mengajak wanita itu bermalam di sebuah surau di kawasan Suryanata.
Suami wanita itu kemudian mendapat maklumat mengenai keberadaan isterinya sebelum terus menuju ke lokasi berkenaan.
Suami wanita tersebut terkejut apabila melihat isterinya bersama lelaki berkenaan sebaik tiba di situ. Akibat terlalu marah, dia bertindak memukul dan mengikat lelaki itu di sebatang tiang elektrik.
Selepas insiden itu, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Samarinda Ulu untuk merakamkan keterangan.
Bagaimanapun selepas menjalani proses mediasi, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.
Sumber: Detik News
The post Lelaki Diikat Di Tiang Elektrik Selepas Didakwa Larikan Isteri Orang – ‘Mereka Sempat Makan Bakso & Nasi Goreng’ first appeared on OHBULAN!.





