Pelakon Dynas Mokhtar menyorot perhatian apabila berkongsi foto bersama pelakon dan pengacara, Awal Ashaari sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.
Artikel Berkaitan: Dynas Mokhtar Kongsi Minat ‘Unik’, Suka Cari Info Fasal Mayat & Jenayah Pembunuhan
Artikel Berkaitan: ‘Pelakon Baharu Muncul Macam Cendawan, Tapi Mereka Bukan Datang Dengan Kosong Tanpa Persiapan’ – Dynas Mokhtar
Batas pergaulan
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 43, dilihat menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran Awal yang ke-45.
Pada hantaran sama, Dynas turut berkongsi foto memperlihatkan dirinya berlaga pipi dengan Awal selain menitipkan kapsyen ringkas sempena hari istimewa itu.
Selamat ulang tahun kelahiran.
Sayang awak sampai bila-bila.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang perhatian netizen yang menegur tindakan pelakon berusia 43 tahun itu yang dianggap melampaui batas pergaulan dengan suami orang yang juga beragama Islam.
Teguran netizen




Sumber: Threads @dynasmokhtar
The post ‘Selfie’ Dynas Mokhtar & Awal Ashaari Raih Perhatian, Netizen Nasihat Jaga Batas first appeared on OHBULAN!.





