26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanah jerlus: Penilaian integriti tanah dijangka selesai hari ini

    Shopee Sale

    Kerja penilaian integriti tanah di laluan saluran kumbahan di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur dijangka selesai hari ini.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kerja penilaian itu dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains menggunakan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah.

    Kenyataan sama juga memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India diteruskan pagi ini selepas ditangguhkan malam tadi akibat hujan lebat.

    "Pasukan SAR akan meneruskan kerja-kerja pencarian mangsa dengan memberikan tumpuan di kawasan kejadian," menurut kenyataan itu.

    Pada Jumaat lepas, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di jalan berkenaan semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

    MENARIK:  Jangan bagi muka lagi pada pemandu mabuk todi - mufti Perlis

    Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota daripada pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang  menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan anjing pengesan. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah