34 C
Kuala Lumpur
Friday, August 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Nafi Lagu ‘Tak Adil’ Dihasilkan AI – ‘Nak Guna Aplikasi Tu Pun Saya Tak Tahu’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno menafikan dakwaan seorang individu yang menganggap lagu ‘Tak Adil’ yang dihasilkannya menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI).

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist

    Artikel Berkaitan: AJL40: Aisha Retno ‘Bocor’ Sedikit Arrangement Lagu Tak Adil – ‘Gimik Ini Dah Fikir Dua Tiga Kali’

    Aisha Retno nafi hasilkan lagu guna AI

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, lagu itu dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadinya selepas melalui fasa patah hati.

    Penat-penat nangis dua hari dua malam, dua jam dua saat dapat inspirasi tulis lagu dari my heartbreak.

    Lepas tu adik tarik suruh masuk studio tulis lagu heartbroken sampai demam-demam pun record demo lagu ni pukul 3 pagi dengan adik sendiri.

    Dalam pada itu, Aisha meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mendakwa karya yang dihasilkan itu menggunakan AI selain turut mengakui dia sendiri tidak mahir menggunakan aplikasi atau perisian berkaitan AI.

    Dah nak AI ni kan rasa macam nak buat sambal bilis lah siapa yang menganggap lagu-lagu saya dari AI.

    Nak pakai aplikasi atau software tu pun saya tak tahu. Tak apa kita maju terus.

    Untuk info, Aisha Retno antara barisan finalis yang bakal mencuri perhatian di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40, bersaing dengan nama-nama besar seperti KOI, Marsha Milan, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Amir Masdi, Hazama, Wani Kayrie, Ryenald Guntabid, Luca Sickta serta Kmy Kmo & Salammusik.

    MENARIK:  Bella Astillah Enggan Ambil Tahu Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies – ‘Mereka Tiada Kaitan Dengan Saya’

    AJL40 dijadual berlangsung pada 15 Ogos depan di Unifi Arena, Bukit Jalil dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 bermula pukul 9 malam.

    Anugerah berprestij itu bakal dihoskan oleh gandingan Nazz Rahman dan Sissy Iman, manakala 10 lagu terbaik akan berentap bagi merebut gelaran Juara Lagu edisi ke-40.

    Sumber: Threads Aisha Retno

    The post Aisha Retno Nafi Lagu ‘Tak Adil’ Dihasilkan AI – ‘Nak Guna Aplikasi Tu Pun Saya Tak Tahu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah