27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakyat tolak taktik usang PN kempen 3R – Saifuddin

    Shopee Sale

    Keputusan pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu menunjukkan rakyat menolak kempen 3R (isu raja, kaum dan agama) yang ditiupkan PN, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

    Menurutnya, tumpuan kerajaan membela kebajikan anggota keselamatan semakin jelas difahami dan diterima orang ramai.

    “Kempen PH-BN dan kerajaan perpaduan ialah penyelesaian kepada masalah rakyat.

    “Kempen PN pula tiada isi dan terus dengan taktik usang 3R,” katanya yang juga menteri dalam negeri kepada Malaysiakini.

    Setakat berita ini ditulis, keputusan rasmi belum diumumkan.

    Bagaimanapun, Malaysiakini menyimpulkan pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu memihak kepada PH berdasarkan keputusan tidak rasmi.

    Setakat jam lapan malam tadi, calon PH Pang Sock Tao hanya memerlukan lebih kurang 1,500 undi lagi untuk mendapatkan lebih 50 peratus undian.

    MENARIK:  Anwar bersama anak pada tarikh, masa insiden didakwa Yusoff

    PN mengekori lebih 3,000 undian dan tidak mungkin dapat mengejarnya.

    Lebih 75 peratus undi telah dikira.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah