24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hidup mati Sabah dalam Malaysia – Hajiji

    Shopee Sale

    “Hidup mati kita ini dalam negara kita Malaysia,” demikian penegasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kepada pihak yang masih mempersoal kedaulatan dan kedudukan Sabah dalam Malaysia.

    Beliau berkata Sabah sudah 61 tahun bersama membentuk Malaysia sejak 16 Sept 1963, justeru isu tuntutan terhadap negeri itu tidak sepatutnya dibangkitkan lagi terutama mereka di negara jiran.

    “Memang kita ini sudah dalam satu negara ini Malaysia (tetapi) ada isu selama ini belum lagi selesai, pihak sebelah yang masih lagi (tuntut Sabah).

    “Jadi, kita menegaskan setegas-tegasnya bahawa kita tidak mengiktiraf kumpulan atau tuntutan (ke atas Sabah).

    Gambar hiasan, Gunung Kinabalu.

    “Kita sudah merdeka bersama Malaysia 61 tahun jadi apa lagi ceritanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah ke-35 di Kota Kinabalu hari ini.

    Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.

    MENARIK:  Jambatan Bagan Datuk menang anugerah projek terbaik di Korea

    Pada 29 Julai lepas, Kementerian Luar mengulangi pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia dan sebarang tuntutan terhadap negeri itu tidak akan diiktiraf.

    Kementerian itu mengulas mengenai satu video tular dalam media sosial yang memaparkan kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempersoalkan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah