32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prabowo tiba untuk lawatan khas ke Malaysia

    Shopee Sale

    Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto tiba di Subang malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia hari ini.

    Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di Subang pada 10.15 malam tadi.

    Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

    Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya dan menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Parti politik, NGO anjur himpunan pro-Palestin Jumaat, Sabtu ini

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah