25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Posmen lebih bermaruah dari speaker, kata Zaid

    Shopee Sale

    Bekas menteri Zaid Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan taktik melengah-lengahkan apabila membuat keputusan mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu.

    Mengulas kenyataan Johari bahawa dia "bukan posmen", Zaid berkata seorang posmen "lebih bermaruah" berbanding speaker itu.

    "Seorang posmen tidak akan sesekali buka surat dan baca kandungannya. Dia tahu tugasnya: menghantar surat.

    MENARIK:  17 Adun angkat sumpah pembantu menteri Sabah

    "Kamu pula tidak tahu tugas kamu. Tugas kamu ialah beritahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Itu tugas kamu, bukan untuk mendapatkan sokongan maksimum kepada PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim)," tulis Zaid di laman X pagi ini .

    Apabila parti politik mengesahkan wujudnya kekosongan, tugas speaker ialah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu, katanya.

    Semalam, Johari memberitahu Parlimen selepas ahli parlimen PN bertindak keluar dewan bahawa keputusan mengekalkan kerusi enam wakil rakyat Bersatu itu dibuat dengan berhati-hati.

    "Saya sebut saya bukan posmen. Bila saya menerima apa juga diberikan kepada saya...saya akan memastikan saya kaji semua sekali.

    “Saya baca kenyataan-kenyataan dalam pembinaan pindaan yang dibuat tentang Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu. Saya ambil keputusan, keputusannya kekal seperti yang telah saya maklumkan kepada Beluran bahawa kekosongan tidak berlaku," katanya.

    Taktik melengahkan masa

    Mengulas lanjut Zaid mendakwa Johari menggunakan taktik melengah-lengahkan masa dengan memberitahu mahkamah untuk mentafsir peruntukan berkaitan.

    “Seluruh proses akan membawanya kepada pilihan raya akan datang. Begitulah pemimpin yang tidak bermaruah memanjangkan hayat politik mereka.

    "Speaker Dewan perlu ada kualiti tertentu, salah satunya adalah berkecuali. Tidak mungkin untuk melaksanakan tugas dengan baik jika speaker berat sebelah dan kepentingan parti/kerajaan sebagai keutamaan," kata Zaid.

    Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh juga menyelar keputusan Johari dengan mengatakan ia menjadikan undang-undang anti-lompat parti tidak bermakna.

    “Maka sia-sialah akta antilompat parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.

    “Jangan marah jika rakyat benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik," kata Adun Merlimau itu dalam catatan Facebook malam tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah