26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Populasi di Gaza turun 6 peratus pada 2024 – PCBS

    Shopee Sale

    Lebih 45,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, menurut Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    PCBS berkata dengan 98 peratus daripada angka korban itu berlaku di Semenanjung Gaza, ia menjadi jumlah kematian tertinggi dalam sejarah konflik Arab-Israel.

    "Penduduk Semenanjung Gaza telah menurun sebanyak enam peratus menjelang akhir 2024," menurut PCBS.

    Presiden PCBS Ola Awad semasa menyampaikan taklimat mengenai status rakyat Palestin menyatakan bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami kerugian besar dari segi kemanusiaan dan material, dengan seluruh kawasan perumahan musnah, keluarga dipadamkan daripada rekod sivil dan infrastruktur penting musnah.

    MENARIK:  Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

    Menurut PCBS, ekonomi Gaza juga telah runtuh dengan kadar pengangguran melonjak kepada 80 peratus dan sumbangannya kepada keseluruhan ekonomi Palestin menurun kepada kurang daripada lima peratus berbanding kira-kira 17 peratus sebelum 7 Okt 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah