25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes Maria Chin: Mahkamah syariah bertindak dalam bidang kuasa sah – Mohd Na’im

    Shopee Sale

    Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi kebenaran merayu bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah membuktikan perintah tunjuk sebab Mahkamah Tinggi Syariah bagi kesalahan menghina mahkamah adalah selaras dengan kerangka undang-undang yang sah.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan memfailkan semakan kehakiman terhadap prosiding Mahkamah Tinggi Syariah adalah cubaan mengganggu fungsi kehakiman yang sah namun ia telah ditolak secara tuntas oleh Mahkamah Persekutuan.

    Beliau berkata Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan secara tegas memperuntukkan pengasingan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah sekali gus keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu tidak boleh dibicarakan semula atau dicabar di mahkamah sivil.

    "Ini kerana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa tersendiri yang diperuntukkan secara sah.

    "Percubaan untuk membuka ruang kepada campur tangan mahkamah sivil dalam keputusan mahkamah syariah bukan sahaja bercanggah dengan semangat Perlembagaan malah boleh menjejaskan kestabilan sistem kehakiman dualisme yang menjadi ciri unik sistem perundangan Malaysia," katanya.

    Beliau turut menyeru rakyat agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai institusi kehakiman yang sah serta berdaulat.

    MENARIK:  Laporan EIA: Tapak Insinerator Rawang terpisah 300 meter dari arang batu

    "Kedua-dua mahkamah sivil dan syariah hendaklah dilihat berperananan saling melengkapi, bukan bersaing, dengan satu matlamat yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam kerangka perundangan negara,” katanya.

    Sehubungan itu, Mohd Na'im meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan keputusan itu sebaliknya memperkukuh komitmen terhadap prinsip kedaulatan undang-undang dan keharmonian sistem perundangan sedia ada.

    “Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, saya akan terus memperjuangkan kedudukan dan martabat Mahkamah Syariah agar terus dihormati, dipercayai dan diyakini oleh semua pihak demi kelangsungan sistem keadilan Islam yang adil, berwibawa dan berperlembagaan," katanya.

    Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Maria Chin bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar notis tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadapnya kerana menghina mahkamah.

    Panel tiga hakim diketuai Datuk Nordin Hassan, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati tiada isu perundangan baharu yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan mendengar serta memutuskan rayuan Maria.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah