31.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tumpaskan sindiket minuman keras tak bercukai

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai bernilai RM1.9 juta dalam serbuan di Puchong dan Klang, Selangor, Khamis lalu.

    Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Mohd Zaki Ashar, berkata lima individu termasuk dua warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan dalam operasi itu.

    "Dalam operasi berkenaan, polis merampas 389 peti dan 255 kotak minuman keras pelbagai jenama, dua lori serta lima unit telefon bimbit dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM1,900,926.30," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Mohd Zaki, hasil risikan mendapati sindiket itu aktif menjalankan aktiviti penyimpanan, pengedaran serta penjualan minuman keras tanpa cukai sejak 2024, dan menjadikan kawasan sekitar Pandamaran, Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang sebagai antara lokasi utama pengedaran.

    Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

    MENARIK:  Pemimpin Warisan desak GRS nyatakan pendirian isu dakwaan rasuah Armizan

    Dia memaklumkan bagi tempoh Jan hingga Julai tahun ini, pihaknya merekodkan 21 kes berkaitan minuman keras tidak bercukai dengan 43 tangkapan melibatkan nilai rampasan RM38.7 juta di seluruh negara.

    Sementara itu, dalam operasi berasingan semalam, biro berkenaan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan 89 kura-kura spesies dilindungi bernilai RM190,000 dalam serbuan di Lunas dan Kulim, Kedah.

    Katanya seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan dalam serbuan itu, yang melibatkan rampasan 74 ekor kura-kura spesies Sulcata dan 15 ekor Yellow Pond Turtle.

    "Turut dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (Brian Exotic) itu sebuah kenderaan utiliti sukan dan satu unit telefon bimbit dan kes disiasat mengikut Seksyen 61 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.

    Dia menambah bagi tempoh Jan hingga Julai ini operasi bersepadu itu mencatatkan 53 kes, 56 tangkapan dan nilai rampasan keseluruhan RM93,884,589.00.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah