31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN NS: Cuaca diramal baik pagi, hujan dan ribut petir petang esok

    Shopee Sale

    Cuaca di hampir seluruh Negeri Sembilan dijangka baik pada sebelah pagi pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, esok.

    Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kebanyakan kawasan di tujuh daerah, iaitu Seremban, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Port Dickson dan Rembau dijangka cerah dari pagi hingga tengah hari.

    Bagaimanapun, pada sebelah petang, kebanyakan kawasan di negeri itu dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

    Sebanyak 401 tempat mengundi akan dibuka serentak dari 8 pagi hingga 6 petang esok, melibatkan sekolah, balai raya, dewan dan kolej.

    MENARIK:  Lima lelaki bebas tuduhan bunuh wanita warga emas

    Sebanyak 867,151 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat, dengan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah