25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan banduan miliki dadah dalam Penjara Tapah

    Shopee Sale

    Seorang warga Iran yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah didapati memiliki dadah jenis heroin tengah hari semalam.

    Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata hasil pemeriksaan, pegawai penjara menemukan dua peket berisi bahan berwarna kuning seberat 46 gram dan satu peket lain mengandungi bahan berwarna merah jambu dengan anggaran berat 30 gram pada lelaki berusia 39 tahun itu.

    "Semasa pegawai penjara menjalankan tugas rondaan di Dewan Penjara Tapah mereka mendapati suspek duduk bersendirian menghadap dinding dalam keadaan mencurigakan dan mencampakkan satu bungkusan plastik berwarna merah jambu ke atas lantai semasa pegawai penjara tersebut menghampirinya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.

    Azizi berkata kedua-dua bahan itu dipercayai dadah jenis heroin bernilai keseluruhan RM1,900 dan boleh digunakan seramai 50 penagih dadah.

    Katanya banduan terbabit sebelum ini disabitkan atas kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun sejak 2018.

    Banduan itu juga, tambah Azizi, turut mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah.

    MENARIK:  Myeg, Heitech Padu kerjasama laksana projek k'jaan

    Katanya polis masih menjalankan siasatan dari mana dan bagaimana dadah berkenaan boleh dibawa masuk ke penjara tersebut.

    "Polis juga akan menyiasat jika suspek ini ada kaitan dengan kes menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron," katanya.

    Jumaat lalu polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara Tapah menggunakan dron berikutan penemuan peralatan itu di kawasan sekitar.

    Hasil pemeriksaan menemukan satu beg dobi yang digantung pada dron berkenaan.

    Bungkusan itu berisi tiga peket plastik serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 122 gram dan dua peket plastik berisi ketulan kristal disyaki metamfetamina dengan anggaran berat 12.9 gram.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah