30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu wang orang ramai RM10 juta

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.

    Sumber PDRM berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, di Kuala Lumpur petang semalam selepas pulang dari Osaka, Jepun.

    “Suspek setakat ini sudah mengambil wang daripada mangsa kira-kira RM10 juta yang sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta dengan mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka.

    “Malah suspek menjelaskan kononnya wang diambil itu akan diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa supaya tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA,” katanya kepada Bernama semalam.

    MENARIK:  Ahli GISB kemuka representasi kedua

    Sumber memaklumkan, bagaimanapun kegiatan suspek sudah dihidu oleh pasukan AMLA Bukit Aman yang kemudiannya menjalankan risikan dan siasatan sebelum menahan lelaki itu petang tadi.

    “Suspek yang juga merupakan tokoh berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan industri minyak dan gas serta merupakan pengerusi kepada sebuah syarikat itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapat perintah tahanan reman,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah