27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sita 65 motosikal, keluar 342 saman dalam operasi samseng jalanan

    Shopee Sale

    Polis menyita 65 motosikal dalam Op Bersepadu: Samseng Jalanan Digempur di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas dekat George Town semalam dalam usaha menggempur mat rempit dan samseng jalanan.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata operasi itu melibatkan 32 pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Barat Daya dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan serta 10 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

    "Dalam operasi itu, pihak kami telah memeriksa ratusan motosikal sebelum mengambil tindakan menyita 65 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    "Sebanyak 342 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya dan pihak JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 40 notis pemeriksaan kenderaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

    MENARIK:  KATA MP | Adakah iman kita begitu rapuh?

    Selain membendung samseng jalanan, beliau berkata operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah