29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat kes pembunuhan kejam tiga ekor kucing

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat laporan mengenai kejadian tragis membabitkan tiga ekor kucing yang ditemui mati dengan keadaan kepala berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, di Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim Ismail, memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 17 November lalu di kawasan tangga kediaman tersebut. Pelajar yang menemui bangkai kucing-kucing berkenaan segera melaporkannya kepada pihak keselamatan.

    MENARIK:  IGP: Lelaki Israel dihadap ke mahkamah minggu ini

    “Setakat ini, dua keterangan telah diambil, dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta membunuh haiwan. Siasatan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Insiden ini turut mendapat perhatian ramai selepas rakaman video yang menunjukkan keadaan tragis tiga ekor kucing tersebut tular di media sosial pada 17 November lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah