27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis selamat dua pembantu rumah dijadikan buruh paksa

    Shopee Sale

    Polis menyelamatkan dua pembantu rumah warga Indonesia dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa oleh seorang ahli perniagaan dan anaknya di sebuah rumah di Kayangan Heights di Shah Alam, dua hari lepas.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata serbuan dilakukan pada 2.30 petang dengan mangsa berusia 48 dan 33 tahun mendakwa telefon bimbit dirampas, dipaksa bekerja lebih masa, sering dipukul serta tidak dibayar gaji sejak dua bulan lepas.

    “Seorang daripada mereka bekerja untuk tempoh dua tahun dan seorang lagi sebulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Serangan di Rafah: Malaysia gesa langkah bagi melaksanakan keputusan ICJ

    Ramsay berkata majikan mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50 dan 30 tahun direman sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

    Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah ASP Md Anuar bin Md Amilah@Harun menerusi talian 019-2255597 untuk membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah