Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tampil memberi respon selepas video prank sempena hari lahir ibu tercinta menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Birthday Prank’ Menjadi! Netizen Puji Ibu Didi Astillah Tegas Dengan Anak & Syed Saddiq Tenang Kawal Situasi Tegang
Didi Astillah jelas video prank
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menghormati pandangan orang ramai berhubung perkara tersebut.
Namun Didi memaklumkan bahawa gurauan seperti itu bukanlah kali pertama dilakukan olehnya. Malah sebelum ini juga dia pernah melakukan perkara yang sama.
Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing dan pada yang tak tahu ini bukan lah benda baru atau first time saya buat.
Maybe followers Didi yang dah lama follow mesti pernah nampak juga Didi buat macam ni. Ada juga Didi post tapi mungkin dulu kurang dapat perhatian, sebab tu tak dipersoalkan.
Bagaimanapun, Didi turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang selesa dengan kandungan tersebut.
Jelasnya, rakaman itu sebenarnya hanyalah untuk tontonan ahli keluarga dan rakan terdekat namun secara tidak sengaja telah dikongsikan di media sosial.
Apa pun, sorry ya kalau ada pihak yang tak selesa dan kurang senang untuk pengetahuan korang kita dah book tempat tu tertutup (private room) dan ada team member yang terpost tanpa tanya dan dorang pun dah say sorry.
Abang bawa air tu bukan pekerja di restoran itu okay.
Dalam masa sama, Didi meminta orang ramai agar tidak memanjangkan isu berkenaan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
So guys, marilah kita move on. Dan jalani kehidupan kita. Jangan lah kaitkan family. Setiap family berbeza caranya.
Abang saddiq okay je. Kan abang tenang ya guys.
Sumber: Instagram Didi Astillah
The post Didi Astillah Minta Maaf Isu Video ‘Prank’, Harap Netizen Tidak Salah Faham – ‘Setiap Keluarga Berbeza Caranya’ first appeared on OHBULAN!.





