28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sahkan terima laporan isu fitnah menteri pendidikan

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika dihubungi Bernama hari ini berkata laporan dibuat pada 4.21 petang semalam di Balai Polis Sungai Maong di Kuching, Sarawak oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Atiqah Syairah Shaharudin.

    “Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya

    Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.

    MENARIK:  Kes maut pemandu mabuk dorong cadangan pinda undang-undang, guna teknologi

    Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah