28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis mohon bantuan kesan remaja hilang sejak semalam

    Shopee Sale

    Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata laporan mengenai kehilangan Nurul Aishah Farhana dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari tadi di Balai Polis Batang Kali.

    “Nurul Aishah Farhana dipercayai dilihat kali terakhir di Kedai Makan Sakon Thai, Jalan Mahagoni 7/1A Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada 9.30 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Asri berkata Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.

    Remaja itu kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna biru gelap, berlengan panjang, berseluar hitam dan memakai sandal berwarna coklat cerah serta bertudung hitam.

    MENARIK:  Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga tindak-tanduknya

    “Polis menyeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai remaja ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat jenayah Insp Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 dan talian Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641223,” katanya.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah