25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis mohon bantu kesan Raisya Rasyiqah

    Shopee Sale

    Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor pada Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan pada 10.03 malam, Isnin lepas.

    “Sebelum itu, ibunya keluar mencari mangsa yang dikatakan lewat pulang dari sekolah sebelum menemukan remaja itu di kawasan Beranang pada 6.40 petang hari berkenaan.

    “Orang hilang (Raisya Rasyiqah) enggan pulang sebaliknya melarikan diri dan hingga kini gagal dikesan. Keluarga juga tidak mengetahui sama ada mangsa mendapat bantuan daripada rakan atau kenalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata Raisya Rasyiqah berkulit sawo matang, tinggi lebih kurang 148 sentimeter, berat 40 kilogram dan berbadan sederhana.

    MENARIK:  Dua KK Mart diserang: DAP gesa siasatan menyeluruh

    Naazron berkata kali terakhir Raisya Rasyiqah dilihat di pekan Beranang dengan mengenakan kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua, bertudung warna ungu dan memakai cermin mata .

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit boleh tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah