31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kenal pasti pemilik kereta digunakan dalam letupan di New Delhi

    Shopee Sale

    Polis Delhi mengenal pasti pemilik kereta yang digunakan dalam kejadian letupan pada petang Isnin di New Delhi sebagai Mohammad Umar, seorang penduduk wilayah Kashmir yang ditadbir India, lapor Xinhua.

    Menurut sumber polis, Umar yang merupakan seorang pengamal perubatan berada di dalam kereta itu ketika ia meletup pada kira-kira 6.52 petang berhampiran monumen bersejarah Red Fort, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan puluhan lagi cedera.

    Beberapa kereta berhampiran turut terbakar, manakala bangunan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan. Letupan kuat itu dapat didengari sejauh 500 meter.

    MENARIK:  Meta tamatkah perkhidmatan 600 pekerja di bahagian AI

    Menurut polis, Umar merupakan pemilik keempat kenderaan itu, yang dilaporkan dibeli kira-kira dua minggu lalu.

    “Mayat Mohammad Umar telah ditemukan dan ujian DNA akan dijalankan bagi mengesahkan identitinya,” menurut kenyataan Polis Delhi.

    Insiden berlaku pada hari yang sama pihak berkuasa menjumpai sejumlah besar bahan mudah terbakar di dua lokasi di daerah Faridabad, negeri Haryana, utara India.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah