24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kenal pasti 31 kawasan ‘blackspot’ kemalangan di Johor

    Shopee Sale

    Polis mengenal pasti 48 kawasan ‘hotspot’ dan 31 kawasan ‘blackspot’ berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.

    Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya akan menempatkan 1,730 pegawai dan anggota trafik bagi melakukan pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negeri.

    “Kita telah kenal pasti kawasan hotspot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan kawasan blackspot (kawasan berlaku kemalangan maut) di negeri ini.

    “Kita akan tempatkan anggota polis trafik di kawasan titik panas berkenaan yang dijangkakan berlaku peningkatan kenderaan,” katanya secara langsung melalui laman Facebook rasmi Polis Johor selepas Program Advokasi Polis Diraja Malaysia bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sempena Op Selamat 22/2024 Aidilfitri semalam.

    MENARIK:  Rokok: KKM kekal pendirian laksana Akta 852 - Dzulkefly

    Beliau berkata pihaknya turut menjangkakan peningkatan kenderaan memasuki negeri ini, termasuk dari Singapura dengan lebih 300,000 sehari bermula hari ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah