25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis: Dentuman kuat di Sg Petani latihan ATM

    Shopee Sale

    Dentuman kuat didengari penduduk di sekitar bandar ini hari ini adalah program latihan dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkalan di Sungai Petani.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang mendakwa ada dentuman kuat antara 9 hingga 10 pagi tadi.

    "Saya ingin memaklumkan bahawa bunyi itu dari pangkalan ATM dan latihan yang dijalankan adalah terkawal.

    MENARIK:  Nahas FRU: Pemandu lori diikat jamin - Polis

    "Orang ramai dinasihatkan agar bertenang serta tidak membuat sebarang spekulasi tidak sahih khususnya menerusi media sosial bagi mengelak tercetusnya kekeliruan dan kegusaran awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata bunyi dentum sama akan berulang esok antara 10 pagi hingga 12 tengah hari semasa latihan ATM dijalankan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah