29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia tak sebelahi mana-mana pihak, kata PM

    Shopee Sale

    Kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan yang memberi manfaat kepada Malaysia tanpa mencampuri geopolitik mana-mana negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Menurutnya meskipun menyedari dua negara kuasa besar dunia - China dan AS - tidak mempunyai hubungan yang baik sesama mereka, Malaysia tidak berminat untuk menyebelahi mana-mana pihak.

    “Cuma ada beberapa hal yang dibesarkan, soal Palestin dan China kerana banyak negara Barat agak sangsi mengapa nampak kita berdamping dengan China.

    "Jawapan saya mudah, kita negara kecil, kita mahu berkembang, kita jaga kemaslahatan rakyat.

    “Kumulatif pelaburan dari AS masih nombor satu dan kita tidak ada masalah pelabur dari AS datang, kita sambut dengan baik,” katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

    Anwar berkata Malaysia juga tidak mahu menimbulkan masalah dengan China yang merupakan negara jiran.

    Walaupun ada sedikit perbezaan pendapat, kata perdana menteri, hal itu dibincangkan dengan baik.

    “Jadi apabila saya ditanya soalan, bab Chinafobia atau Sinofobia, saya jawab tak ada sebab untuk ada permusuhan dan antisesiapa,” katanya.

    Anwar berkata meskipun Malaysia berbeza pendapat tentang sikap AS dalam soal peranang Israel-Palestin ataupun kezaliman Zionis Israel ke atas bumi Palestin khususnya Gaza, hal itu disuarakan dengan terang.

    MENARIK:  'Kapal dah karam': Dr Rafidah kongsi kisah sepupu tinggalkan KKM

    “Bukan saya nak pilih untuk buat kenyataan-kenyataan yang keras terhadap orang lain. Lebih baik saya tumpu perhatian untuk betulkan ekonomi negara kita, struktur negara kita, angkat martabat negara kita.

    "Tetapi kalau anak-anak kecil, bayi, wanita, orang tidak bersalah itu dihancurkan tiap-tiap hari, maka berdepan dengan Presiden Joe Biden, tentunya saya ambil kekuatan untuk menyatakan sikap pendiriannya.

    “Saya kata saya tidak bangkitkan soal dia iktiraf Israel, soal dia sokong Israel, saya kata hentikan kezaliman dan pembunuhan ini segera,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah