27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Belanda akan dapat PM termuda, 38 tahun

    Shopee Sale

    Perdana Menteri termuda dalam sejarah Belanda akan mengangkat sumpah pada Isnin, hanya empat bulan selepas pilihan raya umum negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Rob Jetten, 38, juga merupakan individu pertama daripada parti liberal kiri, D66, yang menyandang jawatan politik tertinggi di Belanda.

    Raja Willem-Alexander akan melantik Jetten dan Kabinet beliau pada 10 pagi (0900 GMT) di Istana Huis ten Bosch di The Hague.

    D66 pimpinan Jetten memenangi pilihan raya pada akhir Oktober, menewaskan tipis Parti Kebebasan (PVV) pimpinan populis sayap kanan Geert Wilders.

    Jetten telah membentuk gabungan dengan Demokrat Kristian dan liberal sayap kanan, namun kerajaan baharu ini tidak mempunyai majoriti di parlimen dan akan bergantung kepada undi daripada pihak pembangkang.

    MENARIK:  4 sekeluarga nyaris maut kereta terbabas ditolak banjir

    Pembentukan kerajaan baharu ini menandakan berakhirnya tempoh panjang kebuntuan dan perselisihan politik di Belanda.

    Pentadbiran terakhir, yang melibatkan parti sayap kanan radikal Wilders, tumbang selepas hanya 11 bulan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah