24.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN kumpul bukti nak cabar keputusan PRK Nenggiri

    Shopee Sale

    PN Kelantan dilaporkan sedang giat mengumpulkan bukti sebelum menggunakannya bagi mencabar kemenangan BN di Nenggiri baru-baru ini.

    Antara isu yang dikesan, kata salah seorang pemimpin kanan parti terbabit, melibatkan "sogokan" dan "ancaman" terhadap para pengundi di DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Gua Musang itu.

    Bagaimanapun Pengerusi PN Kelantan Kamarudin Md Noor mengakui usaha tersebut tidaklah mudah kerana mereka perlu mendapatkan bukti yang mencukupi sebelum merujuknya ke mahkamah.

    “Kalau lawyer (peguam) kita (PN) kata cukup bukti (yang dikumpul), kita akan memfailkannya selepas ini,” katanya seperti dipetik lidah rasmi PAS, harakahdaily.

    Dalam PRK Nenggiri yang dijalankan pada 17 Ogos lalu, BN bukan saja dapat merampas kerusi DUN tersebut daripada PN malah memperoleh majoriti yang besar.

    Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, mengalahkan bekas Ketua Pemuda PAS Gua Musang yang menyertai Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail, dengan majoriti 3,372 undi.

    MENARIK:  Kerajaan jimat RM800 juta sejak Budi95 dilaksanakan - PM

    Kamarudin berkata usaha mengumpulkan bukti itu juga memerlukan masa dan pada masa sama ia penting bagi memastikan perjalanan PRK tersebut dibuat mengikut peraturan.

    “Kalau pihak kita (PN) tentu kita tidak menyalahi peraturan, bahkan jentera kerajaan negeri juga kita tidak gunakan sewaktu kempen,” katanya lagi.

    Untuk rekod sebarang petisyen untuk mencabar keabsahan sesuatu keputusan pilihan raya mestilah dibuat dalam tempoh 21 hari selepas ia diwartakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah