29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pergaduhan di Air Itam libat Kumpulan 04

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan pergaduhan menggunakan senjata sehingga menyebabkan dua mangsa cedera parah di hadapan sebuah sekolah di Ayer Itam di Georgetown pada Sabtu lepas membabitkan ahli kumpulan dikenali sebagai Geng 04.

    Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata kesemua 13 lelaki tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu dipercayai ahli kumpulan itu namun dari kawasan berbeza dengan salah faham berkaitan hutang dipercayai punca pergaduhan.

    “Hutang itu tidak membabitkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen sebaliknya suspek cuba membantu pihak dikenalinya mengutip hutang daripada pemiutang yang terdiri daripada geng yang sama.

    “Mereka berbincang secara baik pada awalnya tetapi gagal mencapai persetujuan menyebabkan berlaku pertikaian dan pergaduhan sehingga seorang suspek cuba merempuh beberapa individu di situ menggunakan kenderaan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | Memahami adat: Bukan sekadar soal periuk dan kuali

    Sebelum ini, polis menahan 13 lelaki tempatan termasuk tiga di bawah umur berusia 16 hingga 33 tahun menerusi lima serbuan di sekitar Pulau Pinang pada hujung minggu lepas bagi membantu siasatan kes itu.

    Lim berkata dua lelaki berusia 30-an yang cedera parah bukan anggota kumpulan itu sebaliknya melalui kawasan itu selepas menghadiri upacara keagamaan.

    “Mereka kebetulan memakai pakaian yang berwarna hampir sama menyebabkan disangka sebagai anggota kumpulan terlibat pergaduhan itu. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital,” katanya.

    Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata dan Seksyen 148 kanun sama, iaitu rusuhan bersenjata.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah