29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Hamidun Segan Noraniza Idris Puji Bakat Persis Arwah Pak Ngah – ‘Dia Idola Saya’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun terharu apabila dirinya dikatakan mempunyai bakat yang serupa seperti legenda muzik, Allahyarham Pak Ngah.

    Noraniza Idris puji Hafiz Hamidun

    Ketika ditemui , Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafiz Hamidun, 42, bagaimanapun mengakui tetap berasa segan selepas mengetahui penyanyi, Noraniza Idris menyamakan dirinya dengan pemuzik terkenal itu.

    Menurut Hafiz, Allahyarham Pak Ngah ialah seorang komposer yang hebat khususnya dalam seni irama muzik tradisional tanah air.

    Tambah Hafiz, figura itu amat ikonik dengan seni dan kebudayaan Malaysia, menjadikannya seperti sebutir permata yang sukar diganti.

    Sebenarnya saya sengan, tidak boleh hendak dibandingkan dengan arwah Pak Ngah. Arwah Pak Ngah juga idola saya.

    Bila sebut tentang lagu-lagu tradisional, Pak Angah memang tak ada pengganti.

    Pada saya, apa yang Kak Ani (Noraniza Idris), katakan itu buat saya rasa terharu sebab dia lebih mengenali arwah Pak Ngah.

    Tetapi saya hanya mengenali Pak Ngah dari lagu sahaja dan tak pernah berjumpa atau bekerja bersamanya.

    Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media album terbaharunya, Salawat The Beloved, yang berlangsung di Royal Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.

    MENARIK:  Hantu Keju Wajib Try! Menu Smoky Cheese Terbaru Marrybrown Buat Ramai Meleleh Air Liur

    Dalam masa sama, pelantun lagu Jodoh Berdua itu tetap menghargai pujian yang diberikan oleh Noraniza memandangkan dia ialah antara penyanyi yang sering bekerjasama dengan Allahyarham Pak Ngah.

    Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Kak Ani, sebagai orang yang lama bekerja dengan arwah, memberikan gambaran sedemikian.

    Tetapi saya harap itu bukan satu publisiti semata-mata sebab saya buatkan lagu baharu untuknya.

    Kak Ani pun ada berkata, dia sudah tunggu tujuh ke lapan tahun untuk lagu yang sesuai.

    Saya cuba buat yang terbaik, umur pun bukan muda lagi. Saya ada matlamat dan sasaran sendiri, tak boleh kekal selesa sahaja.

    Saya beranikan diri. Banyak yang perlu saya belajar bukan hanya lagu nasyid dan genre Islamik semata-mata.

    Sebelum ini, Noraniza berkongsi rasa teruja apabila dapat bekerjasama dengan Hafiz menerusi lagu terbaharunya.

    Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Irama Malaysia tersebut turut menyifatkan Hafiz memiliki ‘jiwa Melayu’ dalam penghasilan karyanya, persis Allahyarham Pak Ngah.

    The post Hafiz Hamidun Segan Noraniza Idris Puji Bakat Persis Arwah Pak Ngah – ‘Dia Idola Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah