29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN dukacita seorang hakim pegang 3 pangkat tertinggi kehakiman

    Shopee Sale

    PN memandang serius dan amat dukacita apabila Hakim Besar Malaya, Hasnah Mohammed Hashim dilantik memangku dua jawatan tertinggi dalam badan kehakiman iaitu ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan secara serentak.

    Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata, ini adalah perkembangan amat janggal, luar biasa dan belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. 

    “Ia sekali gus menimbulkan persoalan besar tentang keutuhan sistem pemisahan kuasa dan kebebasan institusi kehakiman yang menjadi asas kepada prinsip rule of law (kedaulatan undang-undang) dalam mana-mana negara demokrasi,” kata Takiyuddin.

    Takiyuddin Hassan

    Katanya, lebih mengejutkan, pelantikan itu berlaku dalam keadaan kerajaan dan perdana menteri “seolah-olah mengesahkan niat” di sebalik ketiadaan lanjutan perkhidmatan kepada ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan yang bersara wajib beberapa hari lalu.

    Pagi ini ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan mengumumkan pelantikan Hasnah sebagai pemangku jawatan ketua hakim negara sehingga kekosongan itu diisi.

    Katanya langkah itu selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan, dan Seksyen 9 (1) (b) serta Seksyen 9 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

    Sementara itu, Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, kegagalan perdana menteri untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya dalam urusan pelantikan tertinggi dalam badan kehakiman mengundang tanda tanya yang sangat besar.

    Katanya, ia mencetuskan persepsi bahawa terdapat unsur campur tangan yang nyata, pengabaian disengajakan, atau lebih buruk lagi peranancangan tersembunyi untuk mempengaruhi atau mengawal sistem kehakiman.

    MENARIK:  Tren tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Rapid KL aktifkan pelan alternatif

    Malah dakwanya, perdana menteri hari ini telah pun mengetuai cabang-cabang eksekutif dan legislatif negara secara mutlak. 

    “Kini, dengan kekosongan ketua cabang kehakiman yang dibiarkan berlarutan, apakah ini satu lagi langkah terancang seseorang untuk menyempurnakan pengaruh penuh ke atas semua cabang kuasa Kerajaan, sekaligus mencabul konsep pengasingan kuasa?

    “PN ingin menegaskan bahawa kebebasan badan kehakiman bukan sahaja perlu wujud tetapi juga mesti dilihat wujud. 

    “Kegagalan kerajaan menghormati serta menyegerakan proses pelantikan dalam badan kehakiman hanya akan terus menghakis keyakinan rakyat terhadap keadilan dan keluhuran undang-undang,” katanya.

    Tambah setiausaha agung PAS, keadaan itu pasti mengakibatkan kelewatan proses perundangan di mahkamah.

    Justeru pihaknya mendesak perdana menteri memberi penjelasan segera kepada rakyat mengenai kelewatan itu dan menafikan secara terbuka sebarang niat untuk campur tangan dalam kebebasan kehakiman.

    Selain kata Takiyuddin perdana menteri juga perlu menyegerakan proses pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan mengikut lunas Perlembagaan dan kelaziman perlembagaan.

    “Institusi kehakiman adalah tonggak dan benteng terakhir dalam mempertahankan hak rakyat dan memastikan keadilan ditegakkan tanpa takut atau pilih kasih. 

    “PN menggesa semua pihak terutama pihak berkuasa jangan sesekali mengorbankan prinsip ini demi percaturan politik atau agenda sempit kuasa,” jelasnya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah