32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM tegur kelompok elit taasub Bahasa Inggeris, fobia Bahasa Kebangsaan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir kelompok elit yang taasub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.

    Beliau berkata sikap obsesi dan keghairahan kelompok tersebut yang menganggap kejayaan dan kepintaran hanya boleh dicapai dengan penguasaan Bahasa Inggeris adalah salah.

    “Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) Bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri .

    “Saya ingin mengingatkan mereka ini terlalu taksub dengan Bahasa Inggeris. Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia, mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di Ipoh, hari ini.

    MENARIK:  Pindaan PPPA: Teresa minta KDN lebih telus, lindungi kebebasan media

    Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah