32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Kerajaan Madani kekal fokus kebajikan rakyat Kelantan

    Shopee Sale

    Kerajaan Madani kekal fokus untuk terus mengangkat martabat serta kebajikan rakyat Kelantan secara menyeluruh dari aspek pengangkutan, pendidikan, pembangunan sehingga kepada pemerkasaan institusi keagamaan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu digerakkan dengan tekad yang jelas agar tiada rakyat tercicir dan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran serta kesejahteraan adil dan saksama.

    “Moga sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh demi memastikan setiap agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat nyata kepada rakyat selayaknya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook dan X hari ini.

    MENARIK:  Puad: Pua bawa hujah hipokrit bela Hannah Yeoh

    Anwar yang melakukan lawatan kerja ke Kelantan pada Sabtu lepas, merasmikan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) selain menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Pasir Puteh.

    Perdana Menteri turut menghadiri sesi ramah mesra dan lawatan ke Masjid Gong Chapa, Pasir Puteh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah