32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Ringgit pada paras baik, ekonomi berkembang suku pertama 2024

    Shopee Sale

    Nilai ringgit pada masa ini secara umumnya berada pada paras yang baik, antaranya disokong oleh prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pada 9 pagi ini, ringgit terus mengukuh kepada 4.6900/6950 berbanding dolar AS, naik daripada 4.6940/6990 pada Isnin.

    “(Ringgit berada pada paras RM4.69 pagi ini) adalah okay, angka adalah kukuh dan secara umumnya baik.

    “Syukur alhamdulillah, ekonomi kita baik pada suku pertama,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) hari ini.

    Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 2.9 peratus pada suku keempat 2023, didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.

    MENARIK:  Mahkamah benar pinda notis usul beku aset keluarga Daim di UK

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah