29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Ketua jabatan jika 'tutup mata' salah laku tak naik pangkat

    Shopee Sale

    Tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku penjawat awam di bawahnya dan tidak dilaporkan, demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun di sini hari ini, beliau berkata agak mustahil bagi ketua jabatan atau ketua unit ‘tidak tahu’ mengenai wujudnya amalan salah laku dalam pentadbiran masing-masing.

    “Kalau nampak terang salah laku, kenapa ketua jabatan tidak lapor, kenapa ketua unit tidak tahu, saya kadang-kadang fikir kerana amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak tahu.

    “Maka saya akan syorkan kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali) mesyuarat dalam masa terdekat ini, dalam keputusan kita mengenai penyelarasan gaji, kita tetapkan seorang ketua jabatan atau ketua unit tidak akan diberikan kenaikan pangkat, sekiranya diketahui di bawahnya itu sistemnya bobrok dan tidak dilaporkan,” katanya.

    MENARIK:  Penemuan pergelangan tangan: Gaduh rebut kawasan dadah punca kejadian

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah