30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Guru cuai, tak disiplin tak harus naik pangkat secara 'time based'

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".

    Beliau berkata kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara "time-based" namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dibatalkan.

    "Kalau disiplin (guru) lemah, kalau dalam setahun tak pergi sekolah banyak kali, saya nak batalkan (time-based). Jadi kita harus teliti, tapi saya percaya 90 peratus tak ada masalah," katanya ketika berucap di majlis sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), di Bangi, Selangor hari ini.

    MENARIK:  C4 gesa SPRM perjelas video disunting jadi bukti di mahkamah

    Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah