27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muka Saya Banyak Digunakan Untuk Scam, Kesian Golongan Kurang Faham Teknologi Akan Terpedaya’ – Aliff Syukri

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajahnya menjadi antara yang paling kerap disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Istilah Menangguk, Kami Sudah Berbincang, Ada Mas Kahwin’ – Aliff Syukri

    Artikel Berkaitan: Mahkamah Perintah Aliff Syukri Bayar Ganti Rugi RM250,000 Kepada Abdul Kadir

    Bukan publisiti

    Ketika ditemui , Aliff, 38, berkata situasi semakin membimbangkan apabila sindiket penipuan mula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara dan wajahnya dengan sangat realistik.

    Muka saya memang antara yang paling banyak digunakan untuk tujuan scam di media sosial.

    Sekarang lagi bahaya sebab mereka sudah mula guna Al untuk tiru suara dan wajah saya dengan sangat realistik.

    Mereka buat video seolah-olah saya sendiri yang bercakap dan mengajak orang beli produk tertentu, padahal semuanya palsu.

    Saya risau ramai orang terutama golongan yang kurang faham teknologi akan mudah terpedaya.

    Tegas Aliff, pendedahan itu bukan bertujuan meraih publisiti, sebaliknya sebagai peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan hanya melakukan pembelian melalui platform rasmi.

    Saya bukan cakap benda ini untuk publisiti.

    Saya cuma mahu orang lebih berhati-hati dan hanya membeli melalui platform rasmi sahaja.

    Kalau tengok iklan terlalu bagus sampai tak masuk akal, kena semak betul-betul dulu.

    Ada yang sanggup gunakan nama dan muka saya untuk tipu orang.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Aliff Syukri Jualan Mega Terlajak Raya di Wisma D’Herbs Holdings, pada Khamis lalu.

    Pengguna terima bukan produk sebenar

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Abang Nak Tegur’, memaklumkan terdapat kes di mana pengguna membeli produk selepas melihat wajahnya dalam video AI, namun barang yang diterima bukanlah produk sebenar.

    Ada yang beli sebab nampak muka saya dalam video Al.

    Bila barang sampai, bukan produk sebenar pun.

    Ada yang dapat kertas, lampin bayi dan macam-macam lagi.

    Paling teruk bila ada yang gunakan nama saya untuk cabutan bertuah palsu dan minta deposit ratusan ringgit.

    Saya sudah buat laporan polis, tetapi bila melibatkan sindiket luar negara seperti Vietnam dan China, agak sukar untuk diambil tindakan.

    Dalam masa sama, Aliff turut memperkenalkan kolaborasi sulung antara D’Herbs Holdings dan GNI Pharma menerusi kempen Jualan Mega Terlajak Raya Aidiladha yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM300,000.

    MENARIK:  Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Ni? Jom Ke DUDUK PLAYGROUND, Banyak Aktiviti Best!

    Jelasnya lagi, inisiatif tersebut bertujuan menggalakkan orang ramai membuat pembelian melalui saluran rasmi yang lebih terjamin keselamatannya.

    Daripada orang tertipu dengan scammer, lebih baik sertai kempen rasmi ini.

    Saya mahu kongsi rezeki dengan pelanggan yang sentiasa menyokong saya selama ini.

    Belum pernah lagi kami tawarkan hadiah sebesar ini.

    Ada hadiah tunai, pakej umrah dan juga percutian.

    Sementara itu, kempen yang berlangsung dari 21 Mei hingga 25 Mei itu menampilkan pelancaran produk terbaharu, Sabun Blue Peptide, yang dirumus khas untuk individu berusia 30 tahun ke atas.

    Mengulas lanjut mengenai produknya, Aliff menjelaskan bahawa Blue Peptide bukan sekadar sabun biasa, sebaliknya membantu menyokong kesihatan kulit agar tampak lebih sihat.

    Blue Peptide ini bukan sabun biasa.

    la membantu menyokong keanjalan kulit dan kolagen supaya kulit nampak lebih sihat dan segar.

    Sebab itu saya anggap ia sebagai produk penjagaan kulit badan premium dengan formulasi yang lebih berkualiti.

    Selain itu, antara ganjaran yang disediakan menerusi kempen tersebut termasuk wang tunai RM100,000 untuk pemenang utama, hadiah istimewa untuk pembeli terpantas, serta pakej umrah bersama Aliff Syukri selain pakej percutian.

    Sehubungan itu, bagi yang berminat boleh menyertai kempen ini dengan mendaftar melalui senarai menunggu (waiting list) dan membuat pembelian menggunakan pautan rasmi yang akan dikongsikan melalui saluran WhatsApp rasmi kempen.

    Di samping itu, Aliff menegaskan bahawa setiap pembelian yang sah hanya boleh dilakukan melalui saluran media sosial rasminya.

    Kalau bukan daripada media sosial rasmi saya atau GNI Pharma, jangan mudah percaya.

    Pembelian yang sah hanya melalui pautan rasmi yang diberikan dalam WhatsApp channel rasmi kami.

    The post Muka Saya Banyak Digunakan Untuk Scam, Kesian Golongan Kurang Faham Teknologi Akan Terpedaya’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah