24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM buat lawatan mengejut, tinjau bazar Ramadan

    Shopee Sale

    Sehari selepas menyatakan hasrat untuk turun padang meninjau harga dan kualiti makanan di bazar Ramadan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan ‘mengejut’ di Bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City, di Kuala Lumpur.

    Dalam tinjauan kira-kira 40 minit itu, Anwar sempat beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung sambil bertanyakan mengenai cabaran mereka sepanjang Ramadan, khususnya berkaitan kos bahan mentah dan harga jualan makanan.

    Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

    Peniaga air tebu Amirul Sharifuden, 34, berkata kehadiran Perdana Menteri di bazar itu adalah sesuatu yang tidak dijangka.

    MENARIK:  Dana lebuh raya: SPRM kesan RM11 juta wang digital

    "Saya terkejut, tiba-tiba ramai orang berkumpul di depan gerai. Rupa-rupanya Perdana Menteri! Dia bertanya khabar dan tanya tentang jualan," katanya.

    Peniaga karipap Muhammad Faiq Zainuddin, 27, pula teruja kerana buat kali pertama dapat melihat Perdana Menteri secara bersemuka.

    "Selama ini hanya nampak di televisyen, tapi hari ini dapat lihat depan mata. Memang tak sangka!" katanya.

    Semalam, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah, dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata selain menyatakat hasratnya itu, Anwar turut mengarahkan pemantauan harga makanan di bazar Ramadan dipertingkatkan bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah