34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM beri teguran keras, nasib Majlis Profesor Negara  belum jelas

    Shopee Sale

    Kerajaan belum mempunyai sebarang keputusan berhubung kedudukan Majlis Profesor Negara (MPN) susulan pendedahan laporan dan syor oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

    Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata bagaimanapun perkara itu sudah diberikan teguran keras oleh perdana menteri sebelum ini.

    “Perkara ini tak dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri, tetapi sebelum ini perdana menteri pernah memberikan teguran yang keras tentang cara beberapa perkara diuruskan.

    “Tetapi belum ada kata muktamad atau, setidak-tidaknya dalam mesyuarat kebelakangan ini belum dibangkitkan,” katanya pada sidang media minggu di Putrajaya, hari ini.

    Menteri komunikasi itu berkata demikian ketika ditanya sama ada MPN dikekalkan atau sebaliknya susulan cadangan dikemukakan PAC.

    MENARIK:  Malaysia-Pakistan setuju perhebat hubungan dagangan, pelaburan

    Semalam, laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyarankan Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengkaji sama ada MPN masih relevan dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

    Menurut laporan itu, jika JPM mahu mengekalkan MPN sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan Kerajaan (CLBG), ia perlu diletakkan bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaras fungsi dan perananannya.

    PAC menegaskan keberkesanan dan fungsi MPN kepada kerajaan tidak dapat ditentusahkan kerana Indeks Prestasi Utama (KPI) tidak ditentukan dan tidak dilaporkan kepada JPM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah