29 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahun Baru Cina: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya

    Shopee Sale

    Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan pagi ini susulan pertambahan jumlah kenderaan pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.

    Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 10.30 pagi ini, trafik semakin meningkat di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2 menghala selatan, Lebuhraya PLUS E1 menghala utara dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

    Menurut jurucakap itu beberapa laluan lorong pintar (smart lane) sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang pengguna jalan raya ke kampung halaman.

    “Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya PLUS KM293.5 hingga KM289.5 arah selatan dari Southville City ke Putra Mahkota, KM194.8 hingga KM184.4 arah selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM302.2 hingga KM297 arah utara dari Tapah ke Gopeng,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    MENARIK:  Anggota polis maut dalam kemalangan tiga kenderaan

    Jurucakap berkenaan turut memaklumkan terdapat kemalangan di KM429.5 arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung yang menyebabkan trafik perlahan namun tiada lorong terhalang.

    Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah