Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan untuk menerima keputusan pengundian cabang yang dipertikaikan, menurut sumber parti.
Keputusan itu dicapai selepas kepimpinan PKR bermesyuarat malam ini.
Malaysiakini difahamkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
Terdapat khabar angin bahawa keputusan pengundian cabang PKR — yang didakwa menunjukkan beberapa keputusan luar jangka — telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kem Rafizi.
Ini sehingga mencetuskan desas-desus Rafizi merancang untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi.
Walaupun Rafizi sendiri menang jawatan ketua cabang Pandan, beberapa pemimpin kanan PKR lain tewas dalam keputusan mengejut, termasuk Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Adli Abd Halim, serta ahli jawatankuasa pusat Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Fahmi Zainol, Lee Chean Chung dan Rodziah Ismail.
[Berita penuh menyusul]





