30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nenek, cucu dikhuatiri sesat ketika ketika ke kebun durian

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu, Selangor, petang semalam.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.12 petang dan lapan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hingga 7.20 petang sebelum ditangguhkan kerana faktor gelap dan keadaan cuaca (hujan) di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    MENARIK:  Pemuda MCA persoal naik taraf aerotrain KLIA lepas rosak berulang kali

    Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan pagi ini.

    Wanita berkenaan sebelum itu menghubungi anaknya pada 12 tengah hari yang memaklumkan dia sesat.

    Susulan itu, anak sulungnya membuat laporan polis pada 3 petang semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah