26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Brunei telefon Anwar, doakan kesihatan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

    Baginda bertanyakan khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Anwar, yang baru menjalani pembezahan bagi merawat penyakit hernia perut.

    "Baginda dengan penuh keprihatinan bertanya khabar serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. 

    “Menjunjung kasih atas doa dan keprihatinan Kebawah Duli Tuanku," kata Anwar.

    Menulis di media sosial, Anwar turut mendoakan agar Baginda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

    MENARIK:  Dulu kata Aerotrain siap Jan, sekarang MAHB kata beroperasi semula Q2 2025

    Dia dijadualkan menghadap Sultan Brunei pada minggu hadapan di Bandar Seri Begawan bersempena dengan Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Ke-27 antara kedua-dua negara.

    Anwar dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini setelah menjalani prosedur pembezahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut, kelmarin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah