27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Petugas Sabah Electricity hilang dihanyutkan arus deras

    Shopee Sale

    Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau, lewat malam tadi.

    Sabah Electricity dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan penyelamat bersama dengan pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi kejadian dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.

    “Keutamaan kami ketika ini adalah keselamatan serta kebajikan kakitangan yang terlibat di samping memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.

    ”Sabah Electricity akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam operasi ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa,” katanya.

    MENARIK:  Roslan: Tidak seperti PH, dulu PAS sentiasa jaga hati Umno

    Sabah Electricity turut memohon semua pihak agar menghormati sensitiviti situasi ini dan memberi ruang kepada keluarga mangsa yang sedang melalui detik sukar.

    Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kenderaan pacuan empat roda syarikat itu yang terperanangkap dalam banjir dengan arus deras, dan memaklumkan pasukan berkenaan sedang melaksanakan operasi pemulihan kerana kampung terbabit terputus bekalan elektrik.

    Keningau merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah yang terletak kira-kira 110 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah