26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pesawat terhempas: Juruterbang, jurusensor dalam keadaan baik – TUDM

    Shopee Sale

    Dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam insiden kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan pada Khamis dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan baik.

    Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris (gambar judul, tengah) berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, dan jurusensor senjata pesawat Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, masih menerima rawatan dan pemantauan di Rumah Sakit Angkatan Tentera.

    “Kebiasaannya akan dipantau untuk tiga hari sebagai kepastian. Pada pandangan saya, kedua-duanya dalam keadaan okay,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  GLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas 'telefon' tuhan hanya istilah

    Muhamad Norazlan berkata pemantauan berkenaan merupakan amalan biasa bagi anggota yang menerima rawatan di kemudahan perubatan tentera.

    Dalam insiden 9.05 malam Khamis, Mohamad Izzuddin dan Mohamad Azhar sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.

    Insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah