27 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perjanjian dagangan Malaysia-AS tak bercanggah perlembagaan – Anwar

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Malah beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai kedudukan penting dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

    “Keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara, itu cara kita kerja, malah dalam yang akhir sekali pun (keputusan) ulasan Peguam Negara itu diperlukan.

    MENARIK:  Penunggang Foodpanda himpun di ibu pejabat protes kadar bayaran

    “Ya kepala (ketua) rundingan itu MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Tetapi bila bincang soal halal, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) masuk, bincang soal import, Kementerian Pertanian masuk, namun keseluruhannya skop undang-undangnya (ada) Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

    Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sama ada perjanjian timbal balas itu mendapat ulasan daripada AGC, pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah